Jaundice & Set Berpantang Shaklee

Anda ingin berpantang dengan tenang, sihat, cergas & bertenaga?

Namun hakikatnya berapa ramai ibu-ibu yang benar-benar melalui tempoh berpantang dengan tenang. Kebanyakkannya akan rasa lesu, letih, tak bermaya kerana badan masih lemah, ditambah pula dengan kehadiran bayi yang biasanya berjaga di waktu malam. Ada juga baby yang sering menangis dari malam hingga ke pagi. 
Ditambah lagi bila bayi kita kuning, ibu tak dapat nak makan jamu, kerana jamu akan menyebabkan penyakit kuning bertambah  teruk. 
Pengalaman berpantang anak pertama:-
Inilah yang saya alami ketika berpantang anak pertama 5 tahun dulu. Letih, lesu dan langsung tidak bermaya. Kelahiran normal setelah di-induce (overdue). Selepas bersalin saya ada masalah nak membuang air kecil. Bukan sebab sakit bersalin, rasa nak buang air kecil tu ada tetapi tidak keluar. Sehingga keesokkan harinya saya masih tak dapat buang air, sampaikan saya rasa sakit teramat di pundi kencing disebabkan urine dah penuh. 
Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya terkena jangkitan kuman di pundi kencing semasa proses kelahiran. Dijadikan cerita, doktor beri saya antibiotik dan terpaksa menahan saya di wad untuk beberapa hari lagi. Selepas 3 hari saya dibenarkan pulang ke rumah. 2 hari selepas itu anak saya terkena jaundice dan terpaksa dimasukkan ke NICU. Bacaan agak tinggi juga. 

Saya masih ingat pesanan doktor di NICU kepada semua ibu-ibu yang sedang menemani bayi masing2 agar terus berikan baby susuibu sekerap mungkin. Ini bertujuan supaya baby lebih kerap buang air kecil & besar agar bilirubin di dalam badannya turut disingkirkan melalui urine dan najis baby. Katanya baby yang terkena jaundice memang lebih banyak tidur daripada berjaga. Jadi ibu-ibu perlu kejutkan baby untuk menyusu bila tiba masanya. Sebab katanya SUSU IBU adalah SEBAIK-BAIK PENAWAR JAUNDICE. Saya akan ingat pesanan doktor itu sampai bila-bila.

Di wad, saya dan ibu-ibu baru yang lain bergilir-gilir tidur untuk berehat dan bangun semula untuk menyusukan baby sekerap mungkin. Alhamdulillah keesokkan harinya bacaan jaundice anak turun ke paras normal dan dibenarkan pulang. Masa tu barulah terasa badan sangatlah penat kerana tidak cukup rehat. Alhamdulillah kini puteri sulong saya dah berusia 5 tahun. Sihat walafiat!
Pengalaman berpantang anak kedua:-

Alhamdulillah pengalaman melahirkan anak kedua saya sangat mudah. Sakit sekejap sahaja. Alhamdulillah anak lahir secara normal dan sihat tanpa jaundice. Kali ini saya dapat berpantang dengan gembira, luka bersalin cepat sembuh dan sentiasa bertenaga. Saya sudah boleh berpantang sendiri selepas 2 minggu bersalin. Syukur sangat2 dipermudahkan proses melahirkan dan berpantang saya kali kedua ini.

Jaundice kebiasaannya berlaku kepada:-
  • Bayi yang punya kumpulan darah berbeza dengan kumpulan darah ibu
  • Bayi lahir pra-matang
  • Bayi yang sakit
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diabetes
  • Bayi yang dilahirkan setelah ibu diberi ubat pencetus kontraksi (induce) atau pitocin. *mungkin inilah sebab anak sulung saya terkena jaundice
Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?

Menyusukan bayi dengan kerap akan membuatkan bayi membuang air kecil & najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyaklah bilirubin dapat dibuang/dikeluarkan dari tubuh bayi. Dikatakan kolostrum juga turut bertindak sebagai julap, yang turut membantu memproses dan menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susuibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.

Sebab itulah ibu-ibu baru bersalin digalakkan menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin di awal kelahiran agar bayi dapat merasakan nikmat dan kebaikan SUSU IBU seterusnya dapat mengelakkan dari terkena jaundice. Kita hanya berusaha, Allah jualah yang tentukannya.

Apa alternatif ibu berpantang untuk memastikan badan sihat?
Jawapannya ialah SUPPLEMENT SHAKLEE. Supplement sangat penting untuk memastikan badan ibu kekal sihat dan bertenaga. Tak ada panas badan dan tak ada juga rasa dan bau jamu yang kurang menyenangkan.. Alhamdulillah ramai ibu-ibu di luar sana, yang puas hati dengan set bersalin Shaklee. Mari kita tengok apa kata ibu ini dalam tempohnya berpantang.

Peringatan : Alfalfa berunsurkan herba, maka tidak digalakkan diambil di awal kelahiran sekurang-kurangnya seminggu bergantung kepada keadaan bayi. Jika ada yang berminat untuk mencuba Alfalfa semasa berpantang, perlulah pantau keadaan bayi terlebih dahulu sebelum mencubanya. Pengambilan Alfalfa semasa berpantang juga boleh mendatangkan risiko bengkak susu. Sebab itulah alfalfa tidak termasuk dalam Set Berpantang kami. Ibu-ibu boleh gantikan alfalfa dengan OsteMatrix atau ESP.

Set Berpantang mengandungi Vita-Lea (with iron formula), B-Complex, Vitamin C & Zinc. Jika ada lebihan bajet, boleh tambah ESP & OsteMatrix dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko jaundice.

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-

ヤティ ナピ (Yati Napi)
Email : mypetiteshoppe[@]gmail.com
SMS/WhatsApp : 019-7330429
Fanpage : RahsiaVitamin Fan Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

%d bloggers like this: