Tips "Meneran" Waktu Bersalin

Info menarik dari blog Kak Engku Bidan Bersalin untuk bakal-bakal ibu baru dan untuk mereka yang sedang merancang untuk menambah ahli keluarga baru…ehemm..ehemm…
 
Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.
Waktu Mula Meneran
  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
Posisi Meneran Yang Tepat
  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.
Cara Meneran
  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.
    * Saya masih ingat “kata-kata semangat” nurse bertugas masa nak bersalinkan Areel 2 tahun lepas kat HSA.
    “Ok kak..berakkan kak..berakkan!”
    → Maksudnya dia nak suruh teran macam kita nak buang air besar tulah. Tapi ayat tu agak kelakar bunyinye. Rasa nak tergelak pulak masa tu. ^_^
Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.
Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

TIPS RV.Com:
- Apabila kontraksi berlaku, tarik nafas dalam2 panjang2, angkat kepala sampai boleh nampak perut sendiri.
- Dan teran “di bawah” sekuat hati seakan-akan kita nak buang air besar. 
- Ambil nafas semula dan teran lagi. :)
- Jangan angkat punggung ketika meneran kerana dikhuatiri berlaku luka yang tidak diigini.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin!

Owh ya..jika anda mencari set untuk berpantang nanti, boleh baca kat SINI ye!


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di mypetiteshoppe[@]gmail.com | SMS/WhatsApp 019-7330429 | add saya di FB Yati Napi untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage RahsiaVitamin Fan Club untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

One Response to Tips "Meneran" Waktu Bersalin

  1. IbuDhira says:

    time kasih di atas tips yang diberi…mohon share kat fb yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

%d bloggers like this: